Wakaf Dana Pendigitalan Bilik Darjah, Menaik Taraf Prasarana Sekolah dan Bilik J-Qaf

SUMBANGAN IKHLAS DANA SEKOLAH TKS

Utusan Daripada PIBG Sekolah Kebangsaan Tunku Kurshiah, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato/ Tuan/ Puan yang dihormati,

Sekolah kami memerlukan prasarana yang kondusif untuk pelajar-pelajar kami belajar dengan selesa. Antaranya kami bercadang untuk:

- Menyediakan interactive Smartboard untuk pembelajaran era kini kepada anak-anak,
- Membaikpulih sistem pengudaraan bilik darjah tahun 6,
- Menaiktaraf bilik J-QAF
- Dan lain-lain prasarana yang sesuai untuk kebaikan anak-anak kita di sekolah


Sehubungan dengan itu, kami membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama menyumbang membantu prasarana sekolah sekaligus menjana saham akhirat.


Kami dengan rendah diri, amat berharap sumbangan derma daripada dermawan sekalian, Dato/Datin, korporat, usahawan, sastizah, professional, Tuan/Puan bagi merealisasikan Pendigitalan bilik darjah, menaik taraf bilik J-Qaf dan Prasarana bagi Sekolah Kebangsaan Tunku Kurshiah, Kuala Pilah, N.Sembilan ini

 

 FIRMAN ALLAH SWT yang bermaksud:

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

( Surah al-Baqarah : 274 )

  

Semoga sumbangan derma Dato’/Datin/Tuan/Puan diganjari dengan sebaik-baik balasan daripada Allah SWT dan mendapat keberkahan dan perlindungan di Dunia & Akhirat


Sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan kepada pengurusan PIBG SKTS berikut:

Guru Besar SKTK : Hjh Mysiah (OI3-365 5647)
YDP : En. Azizul  (OI9-249 9565)
NYDP: En. Zulfakhri (OI2-635 3345)


Sekian, Terima Kasih.


Optional Wakaf atas nama Aruah
Boleh gunakan option "kuantiti" untuk mewakafkan sedekah dengan niat ke atas nama-nama aruah ahli keluarga tuan/puan.
Contoh: Tuan puan nak wakafkan RM50 seorang kepada 4 orang aruah.. maka pada bahagian RM50, pilih kuantiti "4" dan seterusnya.


 Notis : 
Harap maklum, s
ebahagian daripada hasil sumbangan akan disalurkan untuk kerja-kerja pengurusan dan operasi pihak PIBG


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan Dana Wakaf RM500 x kuantiti
Sumbangan Dana Wakaf RM100 x kuantiti
Sumbangan Dana Wakaf RM50 x kuantiti
Sumbangan Dana Wakaf RM30 x kuantiti
Sumbangan Dana Wakaf RM20 x kuantiti
Sumbangan Dana Wakaf JUMLAH TERBUKA (sila isikan amount RM sendiri)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN